it's me

it's me

Sunday, December 14, 2014

Tips membeli rumah bagi orang bujang

Rasanya ramai di kalangan kita memang nak sangat memiliki sebuah rumah impian kan? Tapi takut, risau, bimbang, gundah gulana memikirkan kemampuan diri.
Sebagai seorang yang masih bujang, banyak perkara kita perlu ambil tahu secara berat sebelum decide nak beli rumah.
Kat sini Beta nak berkongsi sedikit tips untuk membeli rumah kali pertama.
  1. Kaji sebab
    Mengapa anda ingin memiliki rumah sekarang padahal anda masih bujang?
    Takut nilai hartanah naik mendadak?
    Sanggup duduk sendiri keseorangan?
    Beli untuk bakal isteri/suami di kemudian hari?
    Sewakan?
    Buat pelaburan? Beli kemudian jual?
    Setiap orang ada sebab nya. Kalau tak pasti, tanya lah pendapat parents, kengkawan, dan/atau google je.
  2. Pendapatan
    Bagi yang kerja makan gaji, tidak kira swasta atau penjawat awam, pastikan anda mempunyai pendapatan tetap.
    Bagi yang memiliki perniagaan sendiri, pastikan anda mempunyai akaun semasa.
    Sebabnya, kalau bujang ni, kita kena bagi komitmen 100%. Mana ada pasangan untuk dipow atau berkongsi harta kan... Kang tak pasal pasal makan megi hari hari. Hehehehe


  3. Kelayakan pinjaman
    Bagi yang tidak mampu membeli rumah secara tunai, pastikan anda meneliti kelayakan pinjaman perumahan. Mari mengukur baju di badan sendiri.
    Kepada penjawat awam, anda diberi kemudahan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan. Terpulang kepada anda, samada mahu atau tidak. Harus diingatkan, kelayakan maksimum pinjaman adalah berdasarkan gaji hakiki/pokok.
    Untuk pinjaman bank, kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji bersih pada slip gaji (setelah dibuat potongan itu dan ini). Pihak bank akan melihat kepada 'Debt Service Ratio' anda. Maknanya, makin banyak hutang, makin sukar untuk dapat pinjaman.
    Lainlah kalau dah berkahwin, boleh combine loan. Tapi kalau dah ada girlfriend/boyfriend, jangan gatal nak beli rumah join loan sebelum kahwin hokeh. Sebab financier nak sijil nikah korang. Mana nak cari? Hahaha.

  4. Rumah impian
    Selepas mengetahui maksimum kelayakan pinjaman, marilah survey harga rumah idaman anda.
    Pilih jenis rumah impian: bungalow, penthouse, townhouse, semiD, link house, apartment, service apartment, condominium, single storey, double storey, 3 storey.
    Kekadang impian untuk memiliki rumah banglo tidak kesampaian dek kerana nilai hartanah tersebut, apa kata consider rumah jenis high rise (bertingkat tingkat seperti apartment).
    Pastikan bila beli rumah besar tu, rajin rajin lah deko deko dan mengemas. Ye lah, mane ada bini nak tolong kemas kan. Kalau banyak duit, boleh hire bibik seorang dua. Tapi kalau dah pemalas tahap cipan, boleh beli stor atau bangsal sebagai tempat menginap. Mungkin harga murah, boleh bayar cash harini jugak. Hahaha.
    Lokasi juga memainkan peranan penting. Samada urban, suburban, kampung, township, atau ceruk ceruk. Lihat juga bentuk geografi: atas bukit, lereng bukit, kawasan paya, tepi pantai, bekas lombong, kawasan banjir, kawasan tanah runtuh.
    Kredibiliti pemaju juga perlu diambil kira. Kang tak pasal pasal sob sob sebab perumahan terbengkalai, pemaju cabut lari. Yang ini kena study lebih sikit. Sila rerajin buka website Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/
    Status pegangan tanah. Umumnya, freehold (pegangan kekal) adalah jauh lebih mahal daripada leasehold (pajakan biasanya 99 tahun). Namun begitu, bergantung juga kepada kerajaan negeri. Terdapat juga kawasan freehold, tapi mempunyai sekatan tanah. Boleh rujuk sini http://bahayusuf-bayu.blogspot.com/2013/06/antara-freehold-dan-leasehold.html

  5. Simpanan sendiri
    Bila kita beli rumah, terdapat pelbagai kos yang kita perlu tanggung sebagai pembeli. Jangan ingat bila buat pinjaman perumahan kerajaan 100%, takde simpanan pun takpe.
    Pastikan anda mempunyai simpanan at least 20%-30% daripada harga rumah. Ini meliputi kos booking fees, deposit rumah, yuran guaman, duti setem, Memorandum of Transfer (MoT), late payment interest, dan lain lain hidden charges. Ni kena tanya developer sebab setiap perumahan kos dia lain lain. Ada yang bagi free. Ada yang tambah tambah charges.
    Boleh juga guna KWSP Akaun 2.

    Macam Beta ni ambil loan kerajaan dalam lebih kurang 90% daripada harga rumah. So, bayar bulan bulan pun kurang sedikit lah. Deposit dan charges lain tu pakai simpanan sendiri. Gigih oi!
    Ye la, cane nak kongsi kewangan kan. Suami pun belum ada lagi. Haha.
    Kalau simpanan agak kurang, boleh consider pinjam daripada parents, adik beradik, kengkawan (yang ni susah sikit, kang gaduh, haha). Kalau nak buat personal loan tu, Beta tak sarankan lah sebab interest lagi tinggi. Pastu, dah lah berhutang rumah, ni pun nak tambah hutang lagi?
    Dan perlu ingat, bila rumah dah siap, kos nak masuk rumah baru lagi menangis. Sob Sob.
  6. Baca dan fahami S&P
    Biasanya S&P (Sales and Purchase Agreement) adalah dalam bahasa Inggeris. Pastikan anda fahami betul betul setiap butiran yang tertulis sebelum menurunkan tandatangan. Kalau tak faham, jangan malu malu bertanya Sales Executive/Agent/Lawyer. Macam Beta tempohari, siap bawak dictionary bagai. Haha. Bukannya apa, takut berat sebelah nanti.
    Kalau korang ada kengkawan lawyer pun bagus juga. Bawak dia sekali. Boleh tanya tanya. Dia kan terer. Jangan lupa belanja makan sebagai upah. Hehehe.


  7. Beli rumah
    Bila dah buat semua di atas, buat lah solat istikharah, minta petunjuk. Minta pendapat parents, adik beradik, kengkawan. Jika lapang hati, teruskan niat membeli ye.
    Jika terasa sempit sebab duit tak cukup, pastikan samada tambahkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan dan hutang, atau carilah rumah subsale, atau rumah di kawasan jauh sedikit daripada kemajuan.
    Kalau susah sangat, cari je pasangan tu Dato' Datin ke, bussinessman ke, tuan tanah ke.... Hehehe...
    Insyaallah, mudah mudahan berhasil.

Saturday, December 13, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 5

21 November 2014
Check online (dup dap dup dap).
Status: Permohonan baru. Lagi.
Telefon BPP, katanya baru dapat dokumen harini. Jap lagi diorang semak. Boleh follow up semula dalam masa terdekat.
Sabor je lah. Ni dah genap sebulan lepas sign S&P.


25 November 2014
Check online lagi. (dup dap dup dap).
Status: TOLAK.
TOLAK!!!!!
Bagaikan disimbah sebaldi kari. Panas, berapi, merah padam muka Beta.
Sebab tolak:
  • Tiada salinan IC yang disahkan oleh Ketua Jabatan.
  • Tiada salinan slip gaji terkini yang disahkan oleh Ketua Jabatan
Aisehmen. Haritu dah check dengan PT sumber memang lengkap.
Beta terus telefon PT tu, rupa-rupanya memang kesilapan dia tak sekalikan semua dokumen tu. Tertinggal katanya.
Sob Sob...

Jika permohonan kita ditolak/kuiri, BPP akan hantar kembali semua dokumen kita itu (mengikut alamat jabatan tempat kerja) dan perlu dilengkapkan mana yang patut dan hantar segera ke BPP.


3 Disember 2014
Terima semua dokumen daripada pihak BPP menerusi post berdaftar.
Luluh hati bila tengok surat iringan ketua jabatan tu ada cop TOLAK (tulisan besar kaler merah).
Hantar semua tu semula ke PT sumber untuk tindakan.


11 Disember 2014
Check online (dup dap dup dap).
Status: Permohonan Baru.
Dah ada no fail di situ :)
Alhamdulillah.


12 Disember 2014
Check online lagi (dup dap dup dap)
Status: LULUS
Alhamdulillah.


Sekarang, perlu tunggu surat kelulusan daripada BPP.
Yeay!

Semangat terus inform Sales Exec bagitahu. Dalam masa seminggu lepas tarikh ni, Beta perlu selesaikan baki deposit 10% harga rumah.

Pssst, memang pinjaman BPP beri 100% loan. Tapi boleh je masa minta tu 90% ke, 80% ke (sebab nak kurangkan potongan bulanan), dengan syarat tidak melebihi kelayakan maksimum pinjaman mengikut gaji hakiki/pokok saudara saudari ye. Kalau nak beli rumah melebihi kelayakan maksimum pun boleh, tapi pinjaman diberi setakat kelayakan je la. Selebihnya kena selesaikan wang beza sendiri, samada wang simpanan, kwsp, pinjaman peribadi, pinjaman keluarga atau kengkawan.


p.s., Rajin rajinlah google untuk mengetahui kelayakan pinjaman, cara permohonan pinjaman, dan segala mala atuk dan nenek pada link di bawah
http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php
http://www.mohdelam.com
www.loankerajaan.blogspot.com

Selamat mencuba ;)

Thursday, November 20, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 4

8 November 2014
Dapat panggilan daripada KotaSAS bahawasanya S&P (Sales & Purchase Agreement) dah siap stamping dan boleh ambil duplicate copy (untuk simpanan pembeli). Tapi, masih belum boleh proceed untuk pinjaman sebab tiada dokumen daripada pemaju dan lawyer, serta S&P original. Sob Sob... Buang masa lagi...


10 November 2014
Terima dokumen daripada pemaju:
  • Borang 5A- Akujanji Pemaju/Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan untuk pindahmilik Strata/Individu kepada Pemohon dan digadai kepada Kerajaan Malaysia.
  • Surat Hakmilik Individu yang diakui sah oleh Pemaju.
  • Salinan Borang Pendaftaran Pembelian dan Resit Bayaran Tempahan yang diakui sah oleh Pemaju.
  • Salinan Lesen Pemaju Perumahan serta Permit Iklan dan Jualan yang diakui sah oleh Pemaju.

11 November 2014
Terima dokumen daripada peguam:
  • Borang 3B/1999- Akujanji Peguam bagi harta yang mempunyai Hakmilik Individu (kes gadaian).
  • Surat Perakuan Firma Guaman sebagai Pemegang Pertaruhan (kes gadaian) serta penyata akaun Firma Guaman tersebut
  • Salinan Asal Surat Perjanjian Jual Beli Harta (S&P) 

Nampaknya semua dokumen dah lengkap. Buat dua salinan untuk semua dokumen (satu untuk simpanan jabatan, satu untuk simpanan sendiri). Petang tu lepas submit ke jabatan, belek semula satu persatu dokumen, baru perasan ada kesalahan di Borang 5A. Salah no lot lah pula. So, patah balik KotaSAS Sales Gallery dan buat pembetulan. Tapi disebabkan waktu tu dah petang, maka, pada keesokan hari 12 November 2014 baru lah hantar semula Borang 5A tu kepada jabatan. 

Oleh yang demikian, semakin lambatlah proses pinjaman Beta.

Buang masa lagi. Sob Sob...

Sampai ke harini, setiap hari pagi petang siang malam check status kat SPPB. Masih tiada perkembangan positif.
Status: Permohonan Baru.


p.s., klik http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/senarai_semak_pinjaman/Senarai%20Semak%20Baru/PINJAMAN%20JENIS%20III.pdf untuk senarai semak Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan Jenis III.

Thursday, November 6, 2014

Rambut beruban di usia muda

Beta ada terbaca tentang hukum mewarna rambut bagi perempuan yang belum berkahwin.
Soalan: Apakah hukum mewarna rambut bagi perempuan?
Ustaz Azhar Idrus:
Bagi perempuan, hukumnya:
* HARAM mewarna rambut jika rambutnya tidak beruban.
* HARAM mewarna rambut jika belum bersuami. Ingat baik-baik bagi perempuan yang belum kahwin, hukumnya HARAM mewarna rambut.
* Boleh mewarna rambut untuk menarik perhatian suaminya sahaja dan setelah mendapat izin dari suaminya.
* Dapat pahala SUNAT isteri mewarna rambut untuk suami.
* Jika suami SURUH mewarna rambut, maka hukumnya menjadi WAJIB isteri mewarna rambut.
* Hikmahnya walaupun isteri dah tua, dah beruban putih, nampak dari depan macam hantu Kak Limah Dua, tapi bila diwarna rambut yang beruban jadi warna "blonde", sekurang-kurangnya bila suami tengok dari belakang, nampak macam awek Brazil...atau macam Jennifer Lopez.
Syarat-syarat lain, bahan pewarna (tidak semestinya inai) mestilah dari bahan yang halal, tidak najis, dan tidak menghalang air untuk sampai ke rambut bila mengambil wuduk dan mandi hadas. Bagi mereka yang telah menggunakan pewarna yang tidak boleh sampai air pada rambut, WAJIB baginya CUKUR rambut. Jika tidak, wuduk dan mandi hadasnya tidak sah.

Macam mana nak jawab. Beta belum berkahwin dan ada uban.
Tapi, masalah Beta sekarang ni, rambut dah serupa cenggini.

Uwaaaaa.... :'(
Paling sedih bila berhenti solat kat mana-mana surau, masa buka anak tudung sebab nak ambil wuduk, semua makcik nenek bagai memandang Beta macam nampak hantu. Segan, sedih, malu, semua ada lah. Kadang kadang malas nak layan. Tapi terguris juga hati ini.

Jadi macam mana?

Ada sesiapa tahu tentang ini?




Tuesday, November 4, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 3

21 Oktober 2014
Pergi ke KotaSAS sales gallery untuk menandatangani setiap helaian S&P (Sales & Purchase Agreement aka Perjanjian Jual Beli) yang berjumlah 30 mukasurat (kalau tak silap) sebanyak 4 copy. Jenuh weh. Siap Encik Sales Exec tu tanya, "Eh, kenapa sign penuh, initial sudah cukup". Beta pun menjawab, "Saya takde initial. Ada sign penuh je". Layankan je la.

Apa-apapun, masa baca S&P (semua dalam bahasa Inggeris, siap bahasa law lagi weh), pastikan anda betul-betul faham, agar tidak berat sebelah kepada pihak pemaju tu. Beta mengambil masa satu jam untuk membaca dan memahami (sambil bersoal jawab) S&P tersebut. Dari sebelum azan Asar, sampai ke azan berkumandang, Encik Sales Exec minta diri nak solat kat Musolla dulu. Dia balik dari Musolla pun Beta tak siap sign lagi. Punya lah lama kan. Hehehehe.

Menurut Encik Sales Exec itu, Beta boleh pulang dan memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online. Maka, dengan semangat waja, terus isi la borang online, padahal tak sedar, esok tu cuti umum, banyak benda tak reti nak isi, nak tanya Encik Sales Exec tu, dia pun cuti. Hari Khamis tanya dia, dan berjaya isi borang, maka, ingatkan nak bayar wang proses RM 100.00 kepada Setiausaha BPP tu pada hari Jumaat, tapi lupa, cuti umum lagi!

Buang masa.

Isnin, 27 Oktober 2014 (ehem, birthday Beta ok), berjaya bayar wang proses menerusi kiriman wang di Pos Malaysia UTC Kuantan.
Maka, Beta pergi lah ke bahagian Sumber Manusia HTAA untuk submit borang SPPB yang berjaya didownload itu berserta kiriman wang proses, termasuk salinan IC, slip gaji terkini, surat pengesahan jawatan dan terima pencen untuk disahkan oleh ketua jabatan. Waktu ni confident sungguh.

Tiba-tiba kata PT Sumber, "Cik, mana salinan S&P yang dah stamping?". Beta pun macam konfius tahap cipan. Telefon Encik Sales Exec, tanya pasal tu, dia kata kena ambil masa beberapa hari untuk di stamping kan. Maka, Beta balik dengan muramnya. Sob sob.

4 November 2014
Telefon KotaSAS bertanya pasal stamping S&P, katanya belum siap lagi, masih ada di HQ. Alahai, menurut laman web SPPB, borang yang lengkap ditandatangani dan disahkan oleh ketua jabatan hendaklah di hantar ke BPP selewat-lewatnya 12 November 2014. Buang masa!!!! Harap sempat.

Ya Allah, Permudahkan lah urusan hambamu ini. Amiin.

Monday, October 20, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 2

Balik KL 2 hari, minta pendapat Mummy dan Babah. Diorang cerita lah pengalaman dulu bergolok gadai sebab nak beli rumah kat KL. Hmm. Macam ngeri je rasa. Memikirkan nanti Beta bayar sendiri, sorang-sorang, takde backup daripada "suami". Hehe, ke situ pulak. Ye la, semua buat sorang-sorang kan....

Setelah menganalisis kemampuan diri dan kedudukan rumah impian, maka Beta pun membuat keputusan. Deposit RM 1,500.00 dibayar ke KotaSAS pada 20 Oktober 2014. Masa ni tak boleh sign S&P (Sales and Purchase Agreement) lagi sebab unit rumah yang tinggal ni adalah cancellation daripada pembeli sebelum ini. So, lawyer kena buat S&P baru.

Jadi, step terawal dah buat. Malam ni nak study pasal pembelian rumah :)

Harap pihak KotaSAS call esok untuk sign S&P.

Tuesday, October 14, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 1

12 Oktober 2014

Finally, setelah bercita cita untuk memiliki rumah sejak tahun lepas, Beta singgah di Kuantan Parade untuk melihat pameran rumah sempena MAPEX 2014. (Sebelum ini macam takut takut je nak usha rumah. Kurang keyakinan diri gamaknya).
Berkenan lah kat beberapa rumah. Siap dengar sales executives setiap booth yang terkenan tu berceramah. Semangat oi! Maka, Beta pun bawa pulang lah beberapa flyers yang menarik minat untuk memiliki suatu hari nanti.


Banyaknya. Rambang mata.

1. Bandar Putra Fasa 2 (freehold, tapi design bumbung dia peliks sikit)
2. The Radiance Indera Mahkota (mahal tapi latest design, cantik weh)
3. Armada Bayumas Indera Mahkota 2 (agak mahal, design biasa. lokasi tip top)
4. The Trends, Sg Soi (konsep tu cantik, tapi lokasi kurang memberangsangkan)
5. Kota Sas Lakeside 1 (yang ini ambil pamplet kat sales gallery sebab ada satu unit je tinggal. rezeki Beta mungkin? Insyaallah)

Ingat nak balik KL dalam masa terdekat tunjuk kat Mummy dan Babah. Mintak pendapat diorang :)

Monday, March 24, 2014

A night of grieving

As usual, apart of having good shower and Isya' prayer after my pm shift, I will turn on my old laptop and browse through facebook page for posts I've missed. I was overwhelmed by 2 sad news. :'(

1) An Egyptian court sentenced 529 members of the Muslim Brotherhood to death today.

2) It is confirmed that MH370 was submerged into Indian Ocean, said PM. But still, debris, black box, and bodies are not found yet.

*Currently listening to Mariah Carey - Bye Bye