21 Oktober 2014
Pergi ke KotaSAS sales gallery untuk menandatangani setiap helaian S&P (Sales & Purchase Agreement aka Perjanjian Jual Beli) yang berjumlah 30 mukasurat (kalau tak silap) sebanyak 4 copy. Jenuh weh. Siap Encik Sales Exec tu tanya, "Eh, kenapa sign penuh, initial sudah cukup". Beta pun menjawab, "Saya takde initial. Ada sign penuh je". Layankan je la.
Apa-apapun, masa baca S&P (semua dalam bahasa Inggeris, siap bahasa law lagi weh), pastikan anda betul-betul faham, agar tidak berat sebelah kepada pihak pemaju tu. Beta mengambil masa satu jam untuk membaca dan memahami (sambil bersoal jawab) S&P tersebut. Dari sebelum azan Asar, sampai ke azan berkumandang, Encik Sales Exec minta diri nak solat kat Musolla dulu. Dia balik dari Musolla pun Beta tak siap sign lagi. Punya lah lama kan. Hehehehe.
Menurut Encik Sales Exec itu, Beta boleh pulang dan memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online. Maka, dengan semangat waja, terus isi la borang online, padahal tak sedar, esok tu cuti umum, banyak benda tak reti nak isi, nak tanya Encik Sales Exec tu, dia pun cuti. Hari Khamis tanya dia, dan berjaya isi borang, maka, ingatkan nak bayar wang proses RM 100.00 kepada Setiausaha BPP tu pada hari Jumaat, tapi lupa, cuti umum lagi!
Buang masa.
Isnin, 27 Oktober 2014 (ehem, birthday Beta ok), berjaya bayar wang proses menerusi kiriman wang di Pos Malaysia UTC Kuantan.
Maka, Beta pergi lah ke bahagian Sumber Manusia HTAA untuk submit borang SPPB yang berjaya didownload itu berserta kiriman wang proses, termasuk salinan IC, slip gaji terkini, surat pengesahan jawatan dan terima pencen untuk disahkan oleh ketua jabatan. Waktu ni confident sungguh.
Tiba-tiba kata PT Sumber, "Cik, mana salinan S&P yang dah stamping?". Beta pun macam konfius tahap cipan. Telefon Encik Sales Exec, tanya pasal tu, dia kata kena ambil masa beberapa hari untuk di stamping kan. Maka, Beta balik dengan muramnya. Sob sob.
4 November 2014
Telefon KotaSAS bertanya pasal stamping S&P, katanya belum siap lagi, masih ada di HQ. Alahai, menurut laman web SPPB, borang yang lengkap ditandatangani dan disahkan oleh ketua jabatan hendaklah di hantar ke BPP selewat-lewatnya 12 November 2014. Buang masa!!!! Harap sempat.
Ya Allah, Permudahkan lah urusan hambamu ini. Amiin.
No comments:
Post a Comment