Finally, setelah bercita cita untuk memiliki rumah sejak tahun lepas, Beta singgah di Kuantan Parade untuk melihat pameran rumah sempena MAPEX 2014. (Sebelum ini macam takut takut je nak usha rumah. Kurang keyakinan diri gamaknya).
Berkenan lah kat beberapa rumah. Siap dengar sales executives setiap booth yang terkenan tu berceramah. Semangat oi! Maka, Beta pun bawa pulang lah beberapa flyers yang menarik minat untuk memiliki suatu hari nanti.
![]() |
| Banyaknya. Rambang mata. |
2. The Radiance Indera Mahkota (mahal tapi latest design, cantik weh)
3. Armada Bayumas Indera Mahkota 2 (agak mahal, design biasa. lokasi tip top)
4. The Trends, Sg Soi (konsep tu cantik, tapi lokasi kurang memberangsangkan)
5. Kota Sas Lakeside 1 (yang ini ambil pamplet kat sales gallery sebab ada satu unit je tinggal. rezeki Beta mungkin? Insyaallah)
Ingat nak balik KL dalam masa terdekat tunjuk kat Mummy dan Babah. Mintak pendapat diorang :)

