it's me

it's me

Tuesday, October 14, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 1

12 Oktober 2014

Finally, setelah bercita cita untuk memiliki rumah sejak tahun lepas, Beta singgah di Kuantan Parade untuk melihat pameran rumah sempena MAPEX 2014. (Sebelum ini macam takut takut je nak usha rumah. Kurang keyakinan diri gamaknya).
Berkenan lah kat beberapa rumah. Siap dengar sales executives setiap booth yang terkenan tu berceramah. Semangat oi! Maka, Beta pun bawa pulang lah beberapa flyers yang menarik minat untuk memiliki suatu hari nanti.


Banyaknya. Rambang mata.

1. Bandar Putra Fasa 2 (freehold, tapi design bumbung dia peliks sikit)
2. The Radiance Indera Mahkota (mahal tapi latest design, cantik weh)
3. Armada Bayumas Indera Mahkota 2 (agak mahal, design biasa. lokasi tip top)
4. The Trends, Sg Soi (konsep tu cantik, tapi lokasi kurang memberangsangkan)
5. Kota Sas Lakeside 1 (yang ini ambil pamplet kat sales gallery sebab ada satu unit je tinggal. rezeki Beta mungkin? Insyaallah)

Ingat nak balik KL dalam masa terdekat tunjuk kat Mummy dan Babah. Mintak pendapat diorang :)

2 comments:

  1. Hi tuan tanah. If u don't mind and Kalau masih simpan all those flyers boleh tak nak tau harga rumah radiance, armada & kotasas. Semua double storey ye? Terrace or semi-detached? Mencari2 rumah jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sedia ada dekat kotasas dah sold out. ada phase 5 teres setingkat, semiD setingkat, akan launch nanti. tapi tak pasti bila. boleh datang sales gallery kotasas untuk register dulu.

      the radiance kat bypass belakang taman shahzan berdepan im 16. fasa 1 teres 2 tingkat 20x70 4bilik 3 bilik air freehold rm 398800 ke atas. boleh call syarikat lee development sdn. bhd. 019-9160913

      armada bayumas bandar indera mahkota 2 fasa 3 teres 2 tingkat 22x70 4bilik 3 bilik air leasehold rm 388880. syarikat armada bayumas sdn bhd 012-9568223

      Delete