it's me

it's me
Showing posts with label pinjaman perumahan. Show all posts
Showing posts with label pinjaman perumahan. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

Keterujaan melihat progress rumah: Bahagian 3 dan Isu Kelewatan Proses Cagaran dan Gadaian serta Pindah Hak Milik Pinjaman Perumahan Kerajaan



Lama dah tak update pasal pinjaman perumahan ni. Sebab Beta macam tawar hati merajuk konon dengan BPP.

Bayangkan lah, pihak peguam dah hantar borang cagaran dan gadaian kepada BPP pada 6/1/2015.

Menurut BPP, mereka dah kembalikan borang borang itu yang sudah ditandatangan serta bercop mohor ke pihak peguam, serta s.k., kepada Beta dan pemaju. Tapi kami tidak terima sehinggalah pihak peguam menghantar surat peringatan kepada BPP. Telefon beribu kali lemon pun tiada guna sebab borang itu hilang. BPP sibuk salahkan pihak Pos Malaysia. Dah pulak. Nak buat cemana, BPP hanya pakai pos biasa, bukan pos berdaftar. I cannot brain why they use regular mail for such important documents. Hmm.....

Pada waktu itu Beta telah menerima Late Interest Bill dari pihak KotaSAS RM 583.56. Selesaikan je la sebab taknak nanti bila nak ambil kunci, banyak masalah nanti.

Sekali lagi pihak peguam hantar borang cagaran dan gadaian baru kepada BPP pada 20/4/2015.

7/5/2015, Beta gigih datang ke bangunan BPP di Putrajaya sinun untuk ambil borang borang yang telah ditandatangan dan bercop mohor by hand. Bawa balik ke Kuantan dan serahkan kepada peguam, tapi waktu tu hari dah petang. Esok tu pihak peguam telefon sebab untuk sempurnakan hal pindah milik kena bayar penalty kelewatan sebanyak RM 500.00. Sebab lewat menghampiri 5 bulan. Melayang lagi $$$

27/5/2015, dapat pengesahan daripada pihak peguam bahawa segala urusan pindah milik selesai dan diterima oleh BPP. Sekarang tunggu pengeluaran baucer saja daripada BPP kepada KotaSAS.

Jangan sedih Mena. Ayuh kita layan progress rumah 70% to completion :)


70% to completion :)


Friday, February 27, 2015

Keterujaan melihat progress rumah: Bahagian 2


Ada baca beberapa thread dalam forum berkaitan dengan dokumen cagaran dan penghantaran hakmilik antara purchaser dengan financier (BPP) melalui pihak peguam. Banyak yang kata supposedly ambil masa dalam 2-4 minggu je. La ni dah menghampiri 2 bulan since last Beta tandatangan dokumen dokumen tersebut di pejabat peguam tempohari.

Maka dengan anxious nya, Beta pun menelefon ke pejabat peguam, katanya mereka sedang menunggu dokumen tersebut dikembalikan oleh pihak BPP. Katanya BPP telah mengepos surat itu 13 Februari yang lepas.

Dah nak masuk 2 minggu ni tak sampai lagi. Lamanya..... Sob sob...

Layan gambar rumah dulu la sebagai penawar duka. Duka sebab makin banyak kena spare duit untuk late payment charges nanti. Huhu...

Rumah Beta row ke-3 dari depan. 45% progress :)

Tuesday, January 13, 2015

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 7

13 Januari 2015

Alhamdulillah. Akhirnya Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sudah bermula.

Setelah surat setuju terima dan semua dokumen cagaran dan gadaian lengkap dihantar ke BPP, status pinjaman online akan bertukar menjadi PINJAMAN AKTIF.







Lega. Lepas ni perlu selalu update proses bayaran kemajuan je. Disebabkan ada kelewatan seperti Beta ni, pasti akan kena denda late payment charges. Kena sediakan duit awal-awal lagi ni. Harap ada part yang boleh waived. Huhu.

Wednesday, January 7, 2015

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 6

Sambungan daripada entri yang lepas berkenaan dengan proses pinjaman perumahan kerajaan.

15 Disember 2014
Dengan semangatnya pergi ke CIMB untuk buat Banker Cheque dan pergi ke KotaSAS Sales Gallery untuk selesaikan baki 10% daripada deposit rumah. Nak menitis air mata pabila melihat transaksi terakhir di buku akaun. Puluhan ribu ringgit mengalir keluar sekelip mata. Waktu ini baru rasa keperluan menyimpan duit secara maksima setiap bulan. Huhuhuuuu....



26 Disember 2014
Sudah 2 minggu berlalu. Namun Surat setuju terima pinjam dari pihak BPP masih belum Beta terima. Lalu menghubungi BPP untuk bertanyakan hal ini. Demikianlah mereka menjawab, kemungkinan delay disebabkan jalan utama ke Kuantan iaitu LPT telah ditutup akibat banjir besar di Kilometer 126 Temerloh. Sob sob.

Masyaallah. Sedih tengok. Gambar ihsan Google.
Bersabarlah. Ada hikmahnya nanti :)




5 Januari 2015
Terima surat daripada BPP. Alhamdulillah.

Butiran kelulusan pinjaman.
Terbeliak tengok butiran kelulusan pinjaman ni. Beta pinjam RM 3xx,xxx, jumlah jualan (iaitu amaun yang kita bayar termasuk 4% faedah daripada baki berkurangan) menjadi RM 7xx,xxx. Huhuhu. Lebih 2 kali ganda oh. Sob sob. Biasalah, buat pinjaman puluhan tahun, dengan kadar faedah lagi. Kalau buat pinjaman bank agaknya berapa lah kena, kan? Ada rezeki lebih nanti nak buat bayaran melebihi ansuran bulanan lah.

Untuk pinjaman SPPI, ansuran bulanan adalah selepas Muqasah. (Kurang RM 600++ berbanding amaun sebelum Muqasah. Huhu...)

Surat setuju terima pinjam Beta hantar ke pejabat sumber manusia untuk dapatkan tandatangan ketua jabatan. Pihak sumber akan terus courier ke BPP esok. Sepatutnya surat setuju terima pinjaman ni kena hantar tidak lewat 14 hari daripada tarikh surat tersebut (macam kes Beta 12 Disember 2014). Tapi disebabkan kelewatan dan kesulitan yang pihak BPP sedia maklum, diorang kata walaupun lebih daripada 14 hari tu, hantar je. Tawakkal.

Telefon pihak KotaSAS dan Messrs J.S Pillay & Mohd Haaziq Advocates & Solicitors (pejabat lawyer hehe), mereka masih belum terima dokumen BPP. Staf daripada pejabat lawyer tu kata memang perlu surat tu sebab nak sediakan dokumen cagaran dan gadaian untuk dihantar ke BPP. Risau betul. Nasib baik diorang boleh toleransi dan suruh Beta buat salinan je dan hantar kat diorang. Lega.



6 Januari 2015
Datang ke pejabat lawyer dan sign Borang Cagaran dan Borang Gadaian (Property Sale Agreement and Property Purchase Agreement) untuk pinjaman SPPI. Kalau pinjaman SPPP hanya perlu sign Borang Cagaran sahaja. Borang-borang ni akan dihantar secara courier ke BPP dan BPP akan hantar semula sebahagian dokumen kepada pihak lawyer, dan barulah dokumen tu lawyer akan beri kepada kita selepas selesai MoT. Paham ke tak? Beta pun macam tak pasti. Haha.

Waktu ni, Beta dah dapat bil untuk yuran guaman. Beta tak bawa cash banyak lah pula dan mereka tidak terima debit card. So, esok baru nak bayar. Seram gile waktu ni sebab big boss Messrs J.S. Pillay tu ada kat sebelah Beta. Huhu...



7 Januari 2015
Buat full settlement untuk legal fees. Untuk pinjaman perumahan kerajaan, pembeli akan dicharge murah sikit. Sebagai contoh, bakal rumah Beta ni harga dalam RM 3xx,xxx dengan yuran guaman RM 3,xxx. Ok lah kot. Lagipun Beta dapat Stamp Duty Remission of 100%. Exempted. Pemaju tanggung. Tak perlu bayar. Yeay! Macam peminjam lain untuk pembelian rumah pertama dapat 50% peremitan duti stem untuk harga rumah tidak lebih RM 400,000 (tapi tahun 2015 ni, had rumah dinaikkan kepada RM 500,000). Untung ke tak untung? Hehehe.

Anggaran yuran guaman untuk preparation of government loan documentation oleh pihak pemaju

Anggaran yuran guaman untuk preparation of the sale and purchase agreement (for Islamic government loan) and transfer

Anggaran yuran guaman ni dapat masa booking rumah tempoh hari. So, dah prepare duit awal-awal lagi. Cewah!





Harap next week bila check BPP online, status bertukar menjadi: AKTIF. Insyaallah.

Saturday, December 13, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 5

21 November 2014
Check online (dup dap dup dap).
Status: Permohonan baru. Lagi.
Telefon BPP, katanya baru dapat dokumen harini. Jap lagi diorang semak. Boleh follow up semula dalam masa terdekat.
Sabor je lah. Ni dah genap sebulan lepas sign S&P.


25 November 2014
Check online lagi. (dup dap dup dap).
Status: TOLAK.
TOLAK!!!!!
Bagaikan disimbah sebaldi kari. Panas, berapi, merah padam muka Beta.
Sebab tolak:
  • Tiada salinan IC yang disahkan oleh Ketua Jabatan.
  • Tiada salinan slip gaji terkini yang disahkan oleh Ketua Jabatan
Aisehmen. Haritu dah check dengan PT sumber memang lengkap.
Beta terus telefon PT tu, rupa-rupanya memang kesilapan dia tak sekalikan semua dokumen tu. Tertinggal katanya.
Sob Sob...

Jika permohonan kita ditolak/kuiri, BPP akan hantar kembali semua dokumen kita itu (mengikut alamat jabatan tempat kerja) dan perlu dilengkapkan mana yang patut dan hantar segera ke BPP.


3 Disember 2014
Terima semua dokumen daripada pihak BPP menerusi post berdaftar.
Luluh hati bila tengok surat iringan ketua jabatan tu ada cop TOLAK (tulisan besar kaler merah).
Hantar semua tu semula ke PT sumber untuk tindakan.


11 Disember 2014
Check online (dup dap dup dap).
Status: Permohonan Baru.
Dah ada no fail di situ :)
Alhamdulillah.


12 Disember 2014
Check online lagi (dup dap dup dap)
Status: LULUS
Alhamdulillah.


Sekarang, perlu tunggu surat kelulusan daripada BPP.
Yeay!

Semangat terus inform Sales Exec bagitahu. Dalam masa seminggu lepas tarikh ni, Beta perlu selesaikan baki deposit 10% harga rumah.

Pssst, memang pinjaman BPP beri 100% loan. Tapi boleh je masa minta tu 90% ke, 80% ke (sebab nak kurangkan potongan bulanan), dengan syarat tidak melebihi kelayakan maksimum pinjaman mengikut gaji hakiki/pokok saudara saudari ye. Kalau nak beli rumah melebihi kelayakan maksimum pun boleh, tapi pinjaman diberi setakat kelayakan je la. Selebihnya kena selesaikan wang beza sendiri, samada wang simpanan, kwsp, pinjaman peribadi, pinjaman keluarga atau kengkawan.


p.s., Rajin rajinlah google untuk mengetahui kelayakan pinjaman, cara permohonan pinjaman, dan segala mala atuk dan nenek pada link di bawah
http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php
http://www.mohdelam.com
www.loankerajaan.blogspot.com

Selamat mencuba ;)

Thursday, November 20, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 4

8 November 2014
Dapat panggilan daripada KotaSAS bahawasanya S&P (Sales & Purchase Agreement) dah siap stamping dan boleh ambil duplicate copy (untuk simpanan pembeli). Tapi, masih belum boleh proceed untuk pinjaman sebab tiada dokumen daripada pemaju dan lawyer, serta S&P original. Sob Sob... Buang masa lagi...


10 November 2014
Terima dokumen daripada pemaju:
  • Borang 5A- Akujanji Pemaju/Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan untuk pindahmilik Strata/Individu kepada Pemohon dan digadai kepada Kerajaan Malaysia.
  • Surat Hakmilik Individu yang diakui sah oleh Pemaju.
  • Salinan Borang Pendaftaran Pembelian dan Resit Bayaran Tempahan yang diakui sah oleh Pemaju.
  • Salinan Lesen Pemaju Perumahan serta Permit Iklan dan Jualan yang diakui sah oleh Pemaju.

11 November 2014
Terima dokumen daripada peguam:
  • Borang 3B/1999- Akujanji Peguam bagi harta yang mempunyai Hakmilik Individu (kes gadaian).
  • Surat Perakuan Firma Guaman sebagai Pemegang Pertaruhan (kes gadaian) serta penyata akaun Firma Guaman tersebut
  • Salinan Asal Surat Perjanjian Jual Beli Harta (S&P) 

Nampaknya semua dokumen dah lengkap. Buat dua salinan untuk semua dokumen (satu untuk simpanan jabatan, satu untuk simpanan sendiri). Petang tu lepas submit ke jabatan, belek semula satu persatu dokumen, baru perasan ada kesalahan di Borang 5A. Salah no lot lah pula. So, patah balik KotaSAS Sales Gallery dan buat pembetulan. Tapi disebabkan waktu tu dah petang, maka, pada keesokan hari 12 November 2014 baru lah hantar semula Borang 5A tu kepada jabatan. 

Oleh yang demikian, semakin lambatlah proses pinjaman Beta.

Buang masa lagi. Sob Sob...

Sampai ke harini, setiap hari pagi petang siang malam check status kat SPPB. Masih tiada perkembangan positif.
Status: Permohonan Baru.


p.s., klik http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/senarai_semak_pinjaman/Senarai%20Semak%20Baru/PINJAMAN%20JENIS%20III.pdf untuk senarai semak Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan Jenis III.

Tuesday, November 4, 2014

Keinginan memiliki rumah sendiri: Bahagian 3

21 Oktober 2014
Pergi ke KotaSAS sales gallery untuk menandatangani setiap helaian S&P (Sales & Purchase Agreement aka Perjanjian Jual Beli) yang berjumlah 30 mukasurat (kalau tak silap) sebanyak 4 copy. Jenuh weh. Siap Encik Sales Exec tu tanya, "Eh, kenapa sign penuh, initial sudah cukup". Beta pun menjawab, "Saya takde initial. Ada sign penuh je". Layankan je la.

Apa-apapun, masa baca S&P (semua dalam bahasa Inggeris, siap bahasa law lagi weh), pastikan anda betul-betul faham, agar tidak berat sebelah kepada pihak pemaju tu. Beta mengambil masa satu jam untuk membaca dan memahami (sambil bersoal jawab) S&P tersebut. Dari sebelum azan Asar, sampai ke azan berkumandang, Encik Sales Exec minta diri nak solat kat Musolla dulu. Dia balik dari Musolla pun Beta tak siap sign lagi. Punya lah lama kan. Hehehehe.

Menurut Encik Sales Exec itu, Beta boleh pulang dan memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online. Maka, dengan semangat waja, terus isi la borang online, padahal tak sedar, esok tu cuti umum, banyak benda tak reti nak isi, nak tanya Encik Sales Exec tu, dia pun cuti. Hari Khamis tanya dia, dan berjaya isi borang, maka, ingatkan nak bayar wang proses RM 100.00 kepada Setiausaha BPP tu pada hari Jumaat, tapi lupa, cuti umum lagi!

Buang masa.

Isnin, 27 Oktober 2014 (ehem, birthday Beta ok), berjaya bayar wang proses menerusi kiriman wang di Pos Malaysia UTC Kuantan.
Maka, Beta pergi lah ke bahagian Sumber Manusia HTAA untuk submit borang SPPB yang berjaya didownload itu berserta kiriman wang proses, termasuk salinan IC, slip gaji terkini, surat pengesahan jawatan dan terima pencen untuk disahkan oleh ketua jabatan. Waktu ni confident sungguh.

Tiba-tiba kata PT Sumber, "Cik, mana salinan S&P yang dah stamping?". Beta pun macam konfius tahap cipan. Telefon Encik Sales Exec, tanya pasal tu, dia kata kena ambil masa beberapa hari untuk di stamping kan. Maka, Beta balik dengan muramnya. Sob sob.

4 November 2014
Telefon KotaSAS bertanya pasal stamping S&P, katanya belum siap lagi, masih ada di HQ. Alahai, menurut laman web SPPB, borang yang lengkap ditandatangani dan disahkan oleh ketua jabatan hendaklah di hantar ke BPP selewat-lewatnya 12 November 2014. Buang masa!!!! Harap sempat.

Ya Allah, Permudahkan lah urusan hambamu ini. Amiin.