it's me

it's me

Sunday, December 14, 2014

Tips membeli rumah bagi orang bujang

Rasanya ramai di kalangan kita memang nak sangat memiliki sebuah rumah impian kan? Tapi takut, risau, bimbang, gundah gulana memikirkan kemampuan diri.
Sebagai seorang yang masih bujang, banyak perkara kita perlu ambil tahu secara berat sebelum decide nak beli rumah.
Kat sini Beta nak berkongsi sedikit tips untuk membeli rumah kali pertama.
  1. Kaji sebab
    Mengapa anda ingin memiliki rumah sekarang padahal anda masih bujang?
    Takut nilai hartanah naik mendadak?
    Sanggup duduk sendiri keseorangan?
    Beli untuk bakal isteri/suami di kemudian hari?
    Sewakan?
    Buat pelaburan? Beli kemudian jual?
    Setiap orang ada sebab nya. Kalau tak pasti, tanya lah pendapat parents, kengkawan, dan/atau google je.
  2. Pendapatan
    Bagi yang kerja makan gaji, tidak kira swasta atau penjawat awam, pastikan anda mempunyai pendapatan tetap.
    Bagi yang memiliki perniagaan sendiri, pastikan anda mempunyai akaun semasa.
    Sebabnya, kalau bujang ni, kita kena bagi komitmen 100%. Mana ada pasangan untuk dipow atau berkongsi harta kan... Kang tak pasal pasal makan megi hari hari. Hehehehe


  3. Kelayakan pinjaman
    Bagi yang tidak mampu membeli rumah secara tunai, pastikan anda meneliti kelayakan pinjaman perumahan. Mari mengukur baju di badan sendiri.
    Kepada penjawat awam, anda diberi kemudahan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan. Terpulang kepada anda, samada mahu atau tidak. Harus diingatkan, kelayakan maksimum pinjaman adalah berdasarkan gaji hakiki/pokok.
    Untuk pinjaman bank, kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji bersih pada slip gaji (setelah dibuat potongan itu dan ini). Pihak bank akan melihat kepada 'Debt Service Ratio' anda. Maknanya, makin banyak hutang, makin sukar untuk dapat pinjaman.
    Lainlah kalau dah berkahwin, boleh combine loan. Tapi kalau dah ada girlfriend/boyfriend, jangan gatal nak beli rumah join loan sebelum kahwin hokeh. Sebab financier nak sijil nikah korang. Mana nak cari? Hahaha.

  4. Rumah impian
    Selepas mengetahui maksimum kelayakan pinjaman, marilah survey harga rumah idaman anda.
    Pilih jenis rumah impian: bungalow, penthouse, townhouse, semiD, link house, apartment, service apartment, condominium, single storey, double storey, 3 storey.
    Kekadang impian untuk memiliki rumah banglo tidak kesampaian dek kerana nilai hartanah tersebut, apa kata consider rumah jenis high rise (bertingkat tingkat seperti apartment).
    Pastikan bila beli rumah besar tu, rajin rajin lah deko deko dan mengemas. Ye lah, mane ada bini nak tolong kemas kan. Kalau banyak duit, boleh hire bibik seorang dua. Tapi kalau dah pemalas tahap cipan, boleh beli stor atau bangsal sebagai tempat menginap. Mungkin harga murah, boleh bayar cash harini jugak. Hahaha.
    Lokasi juga memainkan peranan penting. Samada urban, suburban, kampung, township, atau ceruk ceruk. Lihat juga bentuk geografi: atas bukit, lereng bukit, kawasan paya, tepi pantai, bekas lombong, kawasan banjir, kawasan tanah runtuh.
    Kredibiliti pemaju juga perlu diambil kira. Kang tak pasal pasal sob sob sebab perumahan terbengkalai, pemaju cabut lari. Yang ini kena study lebih sikit. Sila rerajin buka website Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/
    Status pegangan tanah. Umumnya, freehold (pegangan kekal) adalah jauh lebih mahal daripada leasehold (pajakan biasanya 99 tahun). Namun begitu, bergantung juga kepada kerajaan negeri. Terdapat juga kawasan freehold, tapi mempunyai sekatan tanah. Boleh rujuk sini http://bahayusuf-bayu.blogspot.com/2013/06/antara-freehold-dan-leasehold.html

  5. Simpanan sendiri
    Bila kita beli rumah, terdapat pelbagai kos yang kita perlu tanggung sebagai pembeli. Jangan ingat bila buat pinjaman perumahan kerajaan 100%, takde simpanan pun takpe.
    Pastikan anda mempunyai simpanan at least 20%-30% daripada harga rumah. Ini meliputi kos booking fees, deposit rumah, yuran guaman, duti setem, Memorandum of Transfer (MoT), late payment interest, dan lain lain hidden charges. Ni kena tanya developer sebab setiap perumahan kos dia lain lain. Ada yang bagi free. Ada yang tambah tambah charges.
    Boleh juga guna KWSP Akaun 2.

    Macam Beta ni ambil loan kerajaan dalam lebih kurang 90% daripada harga rumah. So, bayar bulan bulan pun kurang sedikit lah. Deposit dan charges lain tu pakai simpanan sendiri. Gigih oi!
    Ye la, cane nak kongsi kewangan kan. Suami pun belum ada lagi. Haha.
    Kalau simpanan agak kurang, boleh consider pinjam daripada parents, adik beradik, kengkawan (yang ni susah sikit, kang gaduh, haha). Kalau nak buat personal loan tu, Beta tak sarankan lah sebab interest lagi tinggi. Pastu, dah lah berhutang rumah, ni pun nak tambah hutang lagi?
    Dan perlu ingat, bila rumah dah siap, kos nak masuk rumah baru lagi menangis. Sob Sob.
  6. Baca dan fahami S&P
    Biasanya S&P (Sales and Purchase Agreement) adalah dalam bahasa Inggeris. Pastikan anda fahami betul betul setiap butiran yang tertulis sebelum menurunkan tandatangan. Kalau tak faham, jangan malu malu bertanya Sales Executive/Agent/Lawyer. Macam Beta tempohari, siap bawak dictionary bagai. Haha. Bukannya apa, takut berat sebelah nanti.
    Kalau korang ada kengkawan lawyer pun bagus juga. Bawak dia sekali. Boleh tanya tanya. Dia kan terer. Jangan lupa belanja makan sebagai upah. Hehehe.


  7. Beli rumah
    Bila dah buat semua di atas, buat lah solat istikharah, minta petunjuk. Minta pendapat parents, adik beradik, kengkawan. Jika lapang hati, teruskan niat membeli ye.
    Jika terasa sempit sebab duit tak cukup, pastikan samada tambahkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan dan hutang, atau carilah rumah subsale, atau rumah di kawasan jauh sedikit daripada kemajuan.
    Kalau susah sangat, cari je pasangan tu Dato' Datin ke, bussinessman ke, tuan tanah ke.... Hehehe...
    Insyaallah, mudah mudahan berhasil.

No comments:

Post a Comment