it's me
Wednesday, April 24, 2013
Permintaan Rakyat yang Tidak Masuk Akal (Pendapat Sendiri)
Hasil pemerhatian yang dilakukan terhadap keinginan para belia Malaysia, maka terhasil lah nukilan ini.
Orang Malaysia sekarang:
1) Belajar tak rajin, grade tak cukup bagus. Tapi ada hati nak masuk Universiti dengan percuma dan hapuskan PTPTN. So, apa beza anda dengan pelajar cemerlang yang dibiayai oleh biasiswa? Kalau macam tu, maknanya biasiswa pun kena hapuslah kan? Kata nak pendidikan percuma. PTPTN tu, nama pun pinjaman. Kalau tak guna pun tidak mengapa. Pastikan korek tabung bayar yuran sendiri. Kan mudah. Kalau tahu tiada duit, tapi nak belajar percuma, silalah jadi best student, dapat tajaan. Siap boleh pilih Universiti pilihan hati lagi.
2) Masa belajar di Universiti, asyik leka dengan duniawi. Ada duit biasiswa/PTPTN, pergi enjoy. Pulak tu belajar tak lulus dengan cemerlang. Tapi ada hati nak government/private employ anda. Dah tahu PTPTN tu pinjaman, bila dapat kau enjoy habis, kenapa tak jimat cermat? Boleh pusing balik duit tu masa nak bayar balik pinjaman. Maka dengan itu, sila lah belajar dengan cemerlang supaya mendapat Dean List ke, Anugerah Canselor ke. Baru lah cantik sikit resume/CV anda nanti. Mana tau company terkenal hire dengan gaji lumayan.
3) Bila dah dapat peluang kerja kerajaan, kerja taknak rajin pulak. Malas. Berbanding dengan pekerja swasta yang kerja kuat, padahal mereka tahu nak naik pangkat dan dapat bonus amat lah jarang dan sukar sekali. Bila dapat gaji dikatanya sikit, sentiasa tak cukup, ini sebab tak berkat. Kau belajar malas, dapat jawatan rendah, gaji kecik, padan lah dapat gaji tu. Nak berbelanja pun kena lah berpatutan dengan keciputan gaji kau tu. Kalau dah kau masa belajar pandai, kerja pun bagus, kompem gaji pun lumayan. Boleh lah pakai barang mahal, membazir duit. Ini tidak, asyik minta bonus je. Pulak tu ada hati nak beli smart phone/android bagai yang mahal. Dah ada bagai tu, tab pun kau nak juga padahal kat rumah dah ada PC/Laptop. Kalau makan nak Tony Roma’s je hari-hari, baju nak butik kat Pavillion, kad kredit pandai pula apply, tudung nak Fareeda je. Oooo, tu ada pulak duit kau?
4) Ada pengangkutan awam tapi nak jugak pakai kereta. Pakai satu cukuplah tapi beli juga 2-3 buah. Lepas tu siap komplen minyak mahal, road tax mahal, tol mahal. Padehal tambah spoiler, modified huduh-huduh sampai ribuan ringgit habis tu, ade pulak duit kau kan? Kereta tu dah cantik mase baru keluar, apesal kau modified? Apa kata kalau pergi survey kereta yang jimat minyak, tak perlu speed, kang abes duit bayar saman. Nak canggih, ulang balik nasihat di atas supaya kau boleh beli Lamborghini satu. Paling mudah gunalah Perodua, atau motosikal, atau public transport, jalan kaki pun boleh. Ini nak pergi kedai jarak 50 meter pun nak memandu kereta juga.
5) Nak hapuskan AES. Boleh je nak hapus. Tapi silalah rajin bayar saman polis trafik ye. Ini tak, kau nak jugak merempit, bawa kereta laju melebihi had laju yang ditetapkan apehal? Kau pergi oversea ade kau tengok boleh bawa laju-laju tak? Kat Malaysia je kau ada chance tau. Lagi satu, dah kereta tu ada disediakan seat belt. Pakai je lah. Ape masalah kau? Bila kena saman sebab tak pakai seat belt kau marah. Hai, pernah tengok kereta takde supply seatbelt ke? Kereta sorong bayi pun ada seat belt ok.
6) Nak hapus AUKU? Dah nama pun akta kan. Dah kau nak sangat politik kan? Kat Universiti pun ada politik juga. Siap ada parti politik, penamaan calon, berkempen bentang manifesto, pilihanraya, dan pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar ala-ala parlimen. Dah kau pergi masuk Universiti siapa suruh? Dah jadi budak Universiti, maka sila lah politik kat Universiti tu. Kepada adik-adik yang nak politik tu, Kat Universiti kan ada politik, tapi peringkat Universiti je lah ye dik. So, apesal kau sibuk kata kat Universiti tak boleh nak berpolitik eh?
7) Reformasi parlimen? Apekah? Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator. Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Tak baca sejarah ke bang? So, kau nak reformasi Parlimen, Senat pun kau nak usik ke? Apekah engkau itu adalah Yang di-Pertuan Agong? Yang ini memang Beta murka.
8) Taknak bayar cukai pendapatan? Kat Malaysia tidak semua dapat percuma. Luar Negara banyak rakyat dapat percuma sebab cukai pendapatan mereka tinggi. Kau pun kalau nak bayar cukai siap tipu-tipu lagi kan untuk elak cukai. Ha, tarikh akhir pembayaran cukai pendapatan LHDN adalah pada 30 April 2013. Dah buat ke belum?
Ada yang relevan kita boleh pakai. Yang dibentangkan ini adalah yang tidak masuk akal menurut pengamatan sendiri. Sekian. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.
*Currently listening to Tears For Fears - Everybody Wants To Rule The World
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment