Hari ini Beta telah meneliti lebih daripada 20 status dan thread berkaitan dengan politik. Di sini Beta ingin menghuraikan apa yang Beta perhatikan.
Bahawasanya, rakyat kita yang sedang panas membuat bising sana sini terbahagi kepada 8. Yang pertama ialah yang memerhati. Yang kedua yang berada di atas pagar. Yang ketiga adalah undi adalah rahsia. Yang keempat adalah pro Barisan Nasional (termasuk semua komponen parti). Yang kelima adalah pro Pakatan Rakyat (PKR, PAS, DAP). Yang keenam adalah penyokong tegar PAS merangakap Penyokong setia Tuan Guru Nik Aziz atau Abdul Hadi Awang (termasuk yang diam-diam atau yang suka berhujah, mahupun keluarkan fatwa sendiri). Yang ketujuh adalah yang pro PKR merangkap penyokong setia Anwar Ibrahim. Yang kelapan adalah penyokong DAP yang tak suka Melayu dan tak suka Islam (mengamalkan isu racism yang ramai tak nampak ni).
Ramai yang sibuk suruh sokong Pakatan Rakyat demi perubahan. Ada yang sokong Pas demi membina sebuah negara Islam (walaupun sekarang memang Malaysia negara Islam, cuma rata-rata rakyatnya sahaja tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Ada yang sibuk sokong Anwar Ibrahim yang pastinya ramai juga tahu agenda politiknya. Ada yang sangat pro Barisan Nasional kerana kejayaan yang telah dicapai sebelum ini.
Anda semua sokong parti atau orang perseorangan nya? Yang pasti, jikalau Barisan Nasional menang, tidak semestinya Najib Razak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi. Beta tahu ramai benci Barisan Nasional sebab Najib Razak dan Rosmah Mansor bukan? Tapi yang penting tetap MELAYU YANG AKAN JADI PERDANA MENTERI dan TIMBALAN. Perlu ingat di sini. Kalau undi Pakatan Rakyat pula, anda nak siapa jadi Perdana Menteri? Jangan pulak nanti nak gaduh Anwar Ibrahim ke, Tuan Guru Nik Aziz/Abdul Hadi Awang ke, atau Lim Kit Siang ke? Beta jua pernah meneliti "Portfolio Kerajaan" yang dirangka oleh para parti komponen Pakatan Rakyat ini. Di mana di setiap kementerian, PKR ada semua menterinya, PAS pun ada semua menterinya, DAP pun ada semua menterinya. Dan Barisan Nasional punya portfolio pulak dibahagi mengikut bilangan kerusi kaum di Parlimen untuk setiap kementerian. Ada yang Melayu, ada yang Cina, dan ada yang India.
Berkata ikut logik fakta sejarah parlimen Malaysia.
P/s: Undi adalah rahsia. Hmm..
*Currently listening to Elton John - Sad Songs
No comments:
Post a Comment