Waktu serahan kunci, pihak pemaju akan beri:
1) Surat Delivery of Vacant Possession untuk kita tandatangan .Pastikan bawa IC, kalau tidak tak dapat la ambil kunci.
2) Salinan Borang F (dulu panggil CF atau CCC)
3) Statement payment fee: Late payment charges (yang ini Alhamdulillah Beta tak kena sebab hari tu dah bayar masa dalam progress lagi) dan miscellaneous outstanding charges (Quit Rent Bill dan Water Meter Deposit RM140). Ada juga pemaju yang tanggung Water Meter Deposit. Untung laaaaa....
4) Dapat borang satu set untuk daftar TNB. Pastikan ada borang daftar, lengkap dengan maklumat pemilik rumah, surat kontraktor elektrik yang dilantik pemaju, sijil kemahiran pendawai (electrician), Borang G dan H, keputusan ujian pendawaian, dan floor plan pendawaian. Untuk 3-phase meter rumah jenis ni kena bayar RM700.00 dan setem hasil RM10.00.
Dah settle semua dia atas, pergi ke Customer Care Center untuk:
1) Ambil kunci rumah. Pastikan tangan kuat untuk menerima segugusan kunci sebanyak 3 set yang berat macam beras 1 kilogram. Haha tipu je.
Kunci dan S&P Agreement. Sila rotate sendiri kepala |
2) Ambil pelekat kenderaan. Dapat 2 keping. Nak lebih bayar RM 10.60. 60 sen tu GST katenye...
3) Ambil Free Gift, kalau ada. Beta dapat tempat letak kunci berukiran kayu ada nama KOTASAS. Hehe.. Bergaye engko.
Free gift. Berat betul. Kayu jati agaknya. |
4) Dapat borang Defect Check. Untuk segala defect yang korang murkai.
Selesai semua di atas. Ayuh pergi ke rumah.
Lorong rumah. Pakai interlocking brick. Low maintenance katenye. |
Di sana ada supervisor daripada pihak pemaju dah tunggu untuk inspection. Time ni tengok kat bilik air sharing tu takde point lampu dan nampak satu bocor kat tingkat atas. Sedih nya... Baru sikit tengok. Lepas itu, boleh request untuk penyambungan air sementara sebab kepala meter jabatan PAIP kehabisan stok. Jimat bil air. Sila lambat pasang ye PAIP. Haha.. Dah habis inspection, Encik Supervisor pun berlalu pergi. Tinggallah Beta keseorangan check rumah. Tapi mengantuk tahap cipan sebab post night shift punya pasal. Beta hold dulu checking ni. Main main kat balkoni dulu. Selfie :)
Nah, eyebag sebakul. Gayat engko duduk atas ni. Flatroof je, bukan balkoni sebenarnya. |