Bayangkan lah, pihak peguam dah hantar borang cagaran dan gadaian kepada BPP pada 6/1/2015.
Menurut BPP, mereka dah kembalikan borang borang itu yang sudah ditandatangan serta bercop mohor ke pihak peguam, serta s.k., kepada Beta dan pemaju. Tapi kami tidak terima sehinggalah pihak peguam menghantar surat peringatan kepada BPP. Telefon beribu kali
Pada waktu itu Beta telah menerima Late Interest Bill dari pihak KotaSAS RM 583.56. Selesaikan je la sebab taknak nanti bila nak ambil kunci, banyak masalah nanti.
Sekali lagi pihak peguam hantar borang cagaran dan gadaian baru kepada BPP pada 20/4/2015.
7/5/2015, Beta gigih datang ke bangunan BPP di Putrajaya sinun untuk ambil borang borang yang telah ditandatangan dan bercop mohor by hand. Bawa balik ke Kuantan dan serahkan kepada peguam, tapi waktu tu hari dah petang. Esok tu pihak peguam telefon sebab untuk sempurnakan hal pindah milik kena bayar penalty kelewatan sebanyak RM 500.00. Sebab lewat menghampiri 5 bulan. Melayang lagi $$$
27/5/2015, dapat pengesahan daripada pihak peguam bahawa segala urusan pindah milik selesai dan diterima oleh BPP. Sekarang tunggu pengeluaran baucer saja daripada BPP kepada KotaSAS.
Jangan sedih Mena. Ayuh kita layan progress rumah 70% to completion :)
70% to completion :) |