Pilihanraya sudah hampir tiba. Bila tarikhnya? Beta pun tak pasti. Cuma Beta agak terkilan dengan sikap "Keyboard Warrior/Politician" dalam FB ni. Tidak kira pro kerajaan atau pro pembangkang. Setiap hari, ada sahaja sesi kutuk mengutuk, maki memaki, fitnah memfitnah antara kedua mereka. Pagi-pagi pun ada. Dah tengah malam buta pun ada juga. Penyokong Parti A memanggil penyokong Parti B "Macai". Sendiri tidak sedar dia pun mungkin "Macai" jua. Mengatakan Parti C memfitnah Parti D. Tetapi tidak sedar, dalam kefanatikan dia, mungkin juga ada terfitnah sesama sendiri. Permainan politik Malaysia memang kotor. Semata-mata mahu meraih undi. Tidak kira yang demokratik, liberal, kapital, Islamic, Jewish, semuanya tidak telus. Tidak semestinya ketelusan itu diukur dengan rasuah, tetapi juga dengan adegan politik lain seperti fitnah, memburukkan satu sama lain dan seumpamanya. Paling sedih tengok anak bangsa Melayu sendiri yang berpecah belah kerana politik.
Kadang-kadang Beta saja melihat reaksi dan sikap keanak-anakan mereka yang "gila" politik ini. Bila berada di kelompok Parti E, Beta lihat rancaknya mengutuk Parti F. Bila berada di kumpulan peminat Parti G, bukan main lagi mereka sibuk mengorek rahsia untuk memecah tembelang si ahli politik Parti H. Ntah apa-apa lah. Sendiri pandai cakap, pandai memberontak, tapi apa yang diperjuangkan pun, dia tak pasti. Ikut sahaja orang lain. Kalau dah fanatik/fanboy tu, memang dah tak nampak dah keburukan parti pujaan hati itu. Demi menegakkan apa yang diperjuangkan oleh parti politik masing-masing, semuanya jadi kabur. Dah macam orang tak bertamadun Beta lihat.
Paling Beta tak boleh terima pabila seseorang "tokoh politik" sesuatu parti itu diangkat, dijulang, dijadikan idola, kononnya dialah betul, berintegriti, dan suci. Silap tak silap lama-lama kita pun dah menghampiri kesyirikan kerana terlampau taksub dengan pemimpin itu. Sampai sanggup memecah belahkan silaturrahim sesama muslimin. Dah macam orang Syiah dah Beta lihat.
Undi itu kan adalah rahsia. Mana anda tahu Parti Kesayangan Anda itu semuanya adalah betul 100% telus tanpa dosa seperti bayi? Cuba namakan satu? Tiada kan? Dalam kefanatikan melampau yang tiada batasnya itu, kita tak sedar, berapa banyak dosa kita dapat, berapa banyak hubungan persahabatan menjadi keruh, hubungan keluarga menjadi porak peranda.
Sesungguhnya Beta amat kecewa dengan sikap kalian yang tersebut di atas. Beta tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Rimas.